Pada 19 Mac 2015, bertempat di dewan serbaguna Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan Sambutan Hari Jabatan ke 225 peringkat institusi dan disempurnakan oleh TKPj Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Simpang Renggam. Majlis bermula jam 8.30 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia diikuti bacaan ikrar jabatan. TKPj Tan Tian Heng juga telah membaca perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia YBhg. Dato' Sri Hj Zulkifli bin Omar. dan seterusnya menyempurnakan pemakaian pangkat dan pingat kepada 58 orang kakitangan dan anggota.
Sempena sambutan ini juga Penjara Simpang Renggam telah mengadakan kempen derma darah, pertandingan memancing dan perlawanan bola sepak di antara Pegawai Kanan dan Veteren Penjara. Pengarah TKPj Tan Tian Heng juga membuat lawatan untuk melihat kakitangan yang uzur dan sakit. Aktiviti diteruskan pada sebelah malam dengan bacaan yassin dan tahlil melibatkan semua kakitangan.
""