21 Mei 2015 , Penjara Kajang telah menerima lawatan sambil belajar dari Delegasi UNAIDS Myanmar yang diketuai oleh Miss Daw Bak Ja iaitu Menteri Sosial Negara Myanmar. Tujuan lawatan adalah bagi pertukaran maklumat berkaitan Amalan Terbaik dan Polisi Dalam Menangani HIV serta Pengguna Dadah di Malaysia khususnya program yang dilaksanakan di Klinik Kesihatan Penjara Kajang. Ketibaan delegasi disambut oleh KPj Hj Abd Wahab Bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Kajang serta turut disertai dengan kehadiran KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan. Seramai 22 orang peserta program telah diberikan taklimat oleh TPP Navinderjit Singh, TPP Shaharudin Ahmad dan Doktor Muhammad Fadhlan bin Mohd Sani.
""