Pada 24 Mei 2015 (Ahad) Penjara Sungai Petani telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei 2015. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan bacaan Ikrar Jabatan yang diketuai oleh TPP Mohd Nizar Bin Abdullah. Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat 2 Sarjan Mejar Penjara KX 24 dan 1 Sarjan Penjara KX 22 yang disempurnakan oleh PKP Husin bin Haji Johari, Pengarah Penjara Sungai Petani.
""