"Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" merupakan tema Hari Guru bagi tahun 2015 yang turut disambut oleh Sekolah Integriti Marang pada 18 Mei 2015. Di antara pengisian program sambutan pada hari tersebut adalah Persembahan Sketsa, Bicara Berirama, Deklamasi Sajak dan Nyanyian telah disampaikan oleh wakil guru dan pelajar disamping Acara Sukaneka yang melibatkan guru dan pelajar. Memeriahkan aturcara, turut disampaikan beberapa anugerah mengikut kategori kepada guru-guru.
""