Pada 02.06.2015(Selasa), Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu, Sabah telah menerima lawatan seramai 25 orang pelajar beserta 3 orang guru pengiring dari Sekolah St. Paul, Beaufort. Rombongan tersebut telah disambut oleh IP Norzalinah Binti Jaya yang mewakili PKP Nora Binti Musa, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu. Rombongan tersebut telah diberikan taklimat oleh IP Norlizah Binti Rapaie selaku Guru Rumah SHG(Wanita) KK. Guru pengiring telah dibawa melihat sekitar sekolah . Rombongan seterusnya dibawa melihat pameran di Galeri Penjara Wanita. Majlis diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati oleh kedua-dua pihak.
""