02 Jun 2015, bertempat di Bilik Mesyuarat Penjara Sungai Petani, telah diadakan Majlis Pernikahan seorang tahanan reman yang berusia 18 tahun dengan pasangannya yang berusia 16 tahun. Pegawai agama dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda Al-Fadhil Ustaz Sobri b. Ahmad telah menikahkan pasangan tersebut. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut, PP Jamaludin b. Awang Kechik, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani serta pegawai dan kakitangan Penjara Sungai Petani.
""