Pada 11 Jun 2015 Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Perlis telah mengadakan Program Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan bertempat di Rumah Perantaraan Negeri Perlis. Antara pengisian program ialah aktiviti gotong royong dan ceramah agama oleh penceramah jemputan. Program ini telah dihadiri oleh Orang Di Parol, Pesalah PKW dan Penghuni Rumah Perantaraan. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan peringatan kepada ODP, Pesalah PKW, Penghuni Rumah Perantaraan serta semua kakitangan Parol Perlis tentang kebesaran dan kemuliaan yang akan dibawa dalam Bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Adalah diharapkan di akhir program semua yang hadir akan lebih bersedia menghadapi Bulan Ramadhan yang akan tiba dan mendapat ilmu yang bermanafaat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
""