| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Peserta Kursus Program Pembangunan Individu Dan Organisasi Berintegriti (PIOB) Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Ke Penjara Pusat Sibu, Sarawak

Pada 27 Mei 2015, Penjara Pusat Sibu telah menerima lawatan daripada Peserta Kursus Program Pembangunan Individu Dan Organisasi Berintegriti (PIOB) Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang dihadiri seramai 48 orang peserta dimana telah disambut oleh Pengarah Penjara Pusat Sibu PP Muhamad Jusoh Bin Ismail. Semasa lawatan, pihak pengurusan Penjara Pusat Sibu telah memberi taklimat khas berkaitan peranan Jabatan Penjara Malaysia dan turut menyentuh isu dan kes berkaitan integriti kepada peserta kursus yang disampaikan oleh TPP Triyo Kurniawan Bin Kusmadi. Selain itu, peserta kursus telah dibawa melawat ke Blok Penempatan banduan dan tempat pelaksanaan Program Pemulihan Insan (PPI) di Zon Damai dan Blok Murni bagi mengetahui lebih lanjut mengenai program dan proses pemulihan yang dijalankan terhadap banduan yang ditahan di dalam penjara Pusat Sibu.

 

""