Pada 26 hingga 28 Mei 2015 telah berlangsung Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Timur bertempat di Ancasa Royale, Pekan yang dikelolakan oleh Penjara Penor. Konvensyen kali ini melibatkan 8 kumpulan yang terdiri daripada 5 Kategori Teknikal dan 3 Kategori Pengurusan. Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Y.B. Encik Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Ahli Dewan Undangan Negeri, Mukim Bebar, Pahang pada 28 Mei 2015 di Dewan Royale Ballroom. Berikut adalah keputusan konvensyen KIK Peringkat Zon Timur :
KATEGORI |
KEPUTUSAN |
INSTITUSI / KUMPULAN |
TAJUK |
Teknikal |
Johan |
Penjara Penor (Gading) |
Pembelian Makanan Ternakan Ikan Yang Tinggi |
N. Johan |
Pusat Koreksional Dungun (Steel) |
Penglibatan Banduan Dalam Aktiviti Jasmani Kurang | |
Ketiga |
Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang (Pro P) |
Kesukaran Pemeriksaan Artikel Larangan Di Tempat Tersembunyi | |
Pengurusan |
Johan |
Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan (Merpati) |
Kelewatan Penyiapkan Dokumentasi Pesalah PKW Di Pusat Kehadiran Wajib Daerah |
N. Johan |
Penjara Marang (Prima Bistari) |
Pengurusan Kebersihan Bilik Banduan Tidak Efisyen | |
Ketiga |
Penjara Bentong (Extra) |
Kesukaran Mencapai Sasaran Hasil Pendapatan Bengkel Tenun |
""