| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen KIK Peringkat Jabatan Tahun 2015 Bertempat Di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi

Langkawi, 13 Jun 2015 Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan Konvensyen KIK peringkat jabatan tahun 2015 bertempat di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi. Konvensyen dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Pengurusan dan kategori Teknikal di mana sebanyak 12 pasukan  telah bertanding di peringkat akhir setelah meraih gelaran johan di peringkat zon masing-masing.


Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Jalil bin Marzuki, Timbalan Ketua  Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Beliau telah sudi menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil penyertaan kepada para peserta. Dalam ucapan perasmian penutupan, beliau menyeru kepada semua pihak supaya menggunakan kumpulan KIK ini sebagai kumpulan pemikir dan penyelesai masalah di tempat kerja masing-masing dan tidak hanya berpuashati dengan apa yang telah dicapai sebaliknya sentiasa berusaha untuk penambahbaikan demi kebaikan perkhidmatan awam secara keseluruhannya. KIK jabatan juga diminta supaya tidak hanya memfokuskan kepada penyelesaian isu-isu berkaitan banduan, keluarga bahkan diperluaskan kepada isu-isu masyarakat yang relevan dengan jabatan.


Hadir bersama  dalam majlis tersebut YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. KPj. Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Ybhg. KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan, PKK Mohd. Sabri bin Yaacob Pengarah Akademi Koreksional Malaysia Langkawi, wakil-wakil KDN, Pengarah-pengarah Bahagian IPPM serta pengarah-pengarah institusi.


Sebelum itu, dalam ucapan aluan YBhg. Dato' Sri Ketua Pengarah Penjara Malaysia menyatakan, komitmen Jabatan Penjara Malaysia dalam menyahut seruan kerajaan yang menegaskan bahawa agenda transformasi negara, hendaklah berpaksikan kepada inovasi dan kreativiti. Dalam merealisasikan hasrat tersebut, Jabatan Penjara Malaysia sentiasa menerapkan budaya berteraskan inovatif dan kreatif dalam pelaksanaan tugas seharian.


Konvensyen pada kali ini telah dimenangi oleh Penjara Wanita Kota Kinabalu bagi kategori pengurusan manakala  Penjara Taiping  bagi kategori teknikal. Johan membawa pulang piala pusingan, piala iringan serta wang tunai RM 3,000.00. Semoga tahun hadapan, pasukan-pasukan KIK Jabatan Penjara Malaysia akan terus menjana idea-idea baru yang inovatif dan kreatif yang bukan hanya dapat memberikan manafaat terhadap jabatan tetapi juga kepada agensi-agensi yang lain.

 

Bil.   INSTITUSI NAMA KUMPULAN   TAJUK PROJEK  KATEGORI
 1. Penjara Kajang MYQ Kaedah Pendaftaran Dan Penyampaian Maklumat Lawatan Banduan Tidak Efisien  Pengurusan
 2. Penjara Seberang Perai MUTIARA Sasaran Pendapatan Pengeluaran Sos Cili Di Bengkel Penjara Seberang Perai Tidak Tercapai  Pengurusan
 3. Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah KARISMA Kaedah Pembuangan Sisa Catuan Makanan Penghuni Kurang Praktikal  Pengurusan
 4. Parol Negeri Kelantan MERPATI Kelewatan Penyiapan Dokumentasi Pesalah PKW Di Pusat Kehadiran Wajib  Pengurusan
 5. Penjara Sri Aman, Sarawak BERLIAN Penggunaan Kad Perubatan Kesihatan Banduan PPT 154 Kurang Efisien  Pengurusan
 6. Sekolah Henry Gurney Telok Mas INSPIRA Kesukaran Mengekalkan Prestasi Subjek Sains SPM  Pengurusan
 7. Penjara Penor GADING Pembaziran Sisa Makanan Dan Bahan Mentah Di Dapur Penghuni  Teknikal
 8. Dusun Dato' Murad WALID Kadar Penetasan Telur Ayam Juara Kampung Kurang Efisien  Teknikal
 9. Penjara Pusat Kota Kinabalu BLUE OCEAN Pengurusan Penyelenggaraan Sisa Di Bengkel Kayu Meningkat  Teknikal
 10. Penjara Taiping i2 Peningkatan Penyakit Kulit Di Kalangan Penghuni Di Penjara Taiping  Teknikal
 11. Penjara Pusat Sibu BLACK OLIVE Peningkatan Kos Penggunaan Air Di Penjara Pusat Sibu  Teknikal
 12. Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Perak G2 Meningkatkan Kapasiti Penempatan Di Rumah Perantaraan Negeri Perak  Teknikal


 KEDUDUKAN  PENGURUSAN  TEKNIKAL
 JOHAN

KARISMA
Penjara Wanita Kota Kinabalu

i2
Penjara Taiping
 NAIB JOHAN

MYQ
Penjara Kajang

BLUE OCEAN
Penjara Kota Kinabalu

 KETIGA

MUTIARA
Penjara Seberang Perai

WALID
Dusun Dato' Murad

""