Pada 29 Mei 2015 (Jumaat) sekolah Henry Gurney Keningau telah menganjurkan Sambutan Hari Guru 2015 yang dianjurkan oleh bahagian Akademik SHG Keningau. Seramai 65 orang penghuni serta 12 orang guru dan kakitangan terlibat di dalam aktiviti ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah persembahan nasyid oleh penghuni, bacaan ikrar Hari Guru dan seterusnya upacara memotong kek. Majlis telah dirasmikan oleh TPP Alik Makim, selaku Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau.
""