Pada 12 hingga 14 Jun 2015, Penjara Pusat Sibu telah diberi tanggungjawab untuk mengelola Karnival Sukan Dan Majlis Ngiling Bidai Peringkat Penjara Zon Sarawak bagi tahun 2015. Sebanyak 9 kontinjen yang menyertai Karnival Sukan yang dianjurkan sepanjang 3 hari tersebut. Acara sukan yang dipertandingkan adalah boling berpasukan, futsal dan ping pong. Penjara Limbang telah menjadi johan keseluruhan, manakala bagi tempat kedua disandang oleh Penjara Pusat Sibu A, dan tempat ketiga dimenangi oleh Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak (IPPS). Pada malam 14 Jun 2015 pula, Majlis Penutupan Karnival Sukan dan Majlis Ngiling Bidai Peringkat Penjara Zon Sarawak telah diadakan bertempat di Padang Futsal, Kuarters Penjara Pusat Sibu. Majlis perasmian penutupan Karnival Sukan Dan Majlis Ngiling Bidai Peringkat Penjara Zon Sarawak bagi tahun 2015 telah disempurnakan oleh TKPj Abd Kadir Bin Rais. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ketua-ketua institusi Panjara Zon Sarawak disamping semua pemain yang menyertai kejohanan tersebut serta kakitangan Penjara Pusat Sibu bersama-sama ahli keluarga.
""