Pada 15 Jun 2015 bertempat di Rumah Kelab Penjara Simpang Renggam Johor telah diadakan Majlis Perpisahan Pertukaran Pegawai Kanan. Majlis diadakan bagi meraikan TPP Abdul Halim bin Abd Rahman yang telah bertukar ke Institut Pemulihan Dadah Jelebu, SM Ahmad Bin Ismail dan SM Mohd Ariffin bin Md Yassin yang berpindah ke Penjara Kluang, Johor.Turut hadir pada majlis tersebut, TKPj Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Simpang Renggam, pegawai-pegawai kanan dan keluarga.Majlis diteruskan dengan ucapan daripada pegawai yang berpindah dan penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh Pengarah Penjara Simpang Renggam.
""