| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Pesta Kaamatan, Hari Ibu Dan Bapa Penjara Pusat Kota Kinabalu 2015

Pada 17 Jun 2015 (Rabu), Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu dengan kerjasama Pejabat Rekod dan Pegawai Kebajikan Penjara telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Pesta Kaamatan, Hari Ibu dan Bapa. Program bermula jam 09.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi bertempat di Mess Minima. Seramai 10 orang banduan sabitan telah menyertai program tersebut yang telah dihadiri oleh 50 orang pelawat dewasa dan kanak-kanak yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak penghuni. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Penjara Pusat PKK Ajidin Bin Hj. Salleh dan pegawai kanan serta pihak media massa. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni mengeratkan dan menjalinkan hubungan kekeluargaan, menyedarkan penghuni serta motivasi diri untuk menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan kelak.

 

""