Penjara Pusat Miri telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Penghuni Peringkat Penjara Sarawak bersempena dengan Hari Gawai Dayak pada 16 Jun 2015. Seramai 8 orang banduan menyertai program kali ini dan melibatkan kehadiran seramai 40 orang ahli keluarga. Program bermula pada pukul 10.00 pagi bertempat di Dataran Mini Kenyalang, Penjara Pusat Miri telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKPj Abd Kadir bin Rais. Turut hadir di majlis tersebut adalah semua ketua-ketua institusi Penjara Negeri Sarawak. Majlis diserikan dengan persembahan daripada para penghuni.
""