10 Jun 2015, Penjara Marang, Terengganu telah menerima lawatan rasmi daripada YBhg. Datuk Haji Hasim Bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri. Beliau seterusnya telah diberikan taklimat pengoperasian Penjara Marang, Terengganu sebelum dibawa melawat kuarters kakitangan yang dalam pembinaan serta kawasan dalam Penjara dan Kompleks Songket Penjara Marang Terengganu.
""