Pada 2 Jun 2015 Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) telah membentangkan hasil inovasi yang bertajuk : Program Pemulihan Pemasyarakatan kepada Jawatankuasa Pencalonan Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2015 yang diketuai oleh YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim Bin Seman, Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbir dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Turut hadir YBhg. Lt General Datuk Dr. William Stevenson, Pengarah Eksekutif, Malaysian Institute Of Defence And Security (MiDAS) dan YBhg. Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Pencalonan tahun ini melibatkan 7 penyertaan yang terpilih daripada keseluruhan sebanyak 85 penyertaan dari jabatan/ agensi kerajaan dan swasta.
""