Pada 17 Jun 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Persidangan, Ibu Pejabat Penjara telah berlangsung Perbincangan Berhubung Jalinan Kolaborasi di antara Bahagian Kemahiran Dan Teknikal Mara (BKTM) bersama Jabatan Penjara Malaysia. BKTM diketuai oleh Encik Shabudin bin Said, Timbalan Pengarah 1, Cawangan Perhubungan Luar dan Antarabangasa dan bersama 4 pegawai. Pertemuan bertujuan untuk membincangkan hubungan kerjasama melalui Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) serta membantu Jabatan Penjara dalam melahirkan banduan yang berkemahiran tinggi. Perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan.
""