16 Jun 2015, PPA Muar menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Pencegahan Kematian Banduan Dalam Tahanan dan Pematuhan Perintah Tetap KJP Zon Tengah Dan Selatan Bil.1/ 2015 yang dihadiri oleh semua Ketua Institusi Zon Tengah dan Selatan. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. TKJP Dato' Hj. Hassan B. Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) juga telah mengambil kesempatan melakukan lawatan kerja ke dalam kawasan PPA selain mengadakan sessi dialog bersama semua pegawai kanan institusi.
""