Pada 22 Jun 2015, bertempat di surau An-Nur Penjara Sungai Buloh, telah berlangsung Majlis Iftar Jama'ie 1436H Peringkat Penjara Sungai Buloh. Malis yang diadakan bermula pada jam 6.30petang dihadiri oleh Pengarah Pengurusan Banduan, KPj Jamaluddin Saad,serta beberapa orang pegawai kanan daripada IPPM. Pada majlis tersebut juga KPj Jamaluddin Saad diiringi oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh, TKPj Dato' Narander Singh telah menyampaikan sumbangan kepada Anak-anak kelainan Upaya,wakil anak-anak Yatim Rumah Nur Sa'adah Banting dan cek sumbangan kepada Isteri anggota yang meninggal dunia.
""