Pada 22 Jun 2015 seramai 8 orang penghuni Sekolah Henry Gurney Keningau telah diberikan Pembebasan Berlesen dari Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Mereka adalah merupakan pelajar cemerlang Sekolah Henry Gurney dan telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di beberapa Institusi Pengajian Tinggi iaitu 1 orang di Politeknik Kota Kinabalu , 1 orang di Institut Kemahiran Mara manakala 6 orang lagi di Kolej Komuniti. Majlis penyerahan surat Pembebasan Berlesen telah disempurnakan oleh TPP Jaini Ayong Rajawa selaku Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau.
""