| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja YBhg. KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia Ke Penjara Tawau, Sabah

Pada 27 Jun 2015, Penjara Tawau berbesar hati menerima lawatan daripada YBhg. Komisioner Jeneral Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia sempena Program Pembayaran Zakat Fitrah Penghuni Penjara Tawau bagi tahun 2015. Turut hadir bersama pada lawatan tersebut ialah YBhg. KPj Dato' Wan Abdul Rahman Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan dan TKPj Ab. Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah. Lawatan ini melibatkan sekitar kawasan penjara serta blok penempatan penghuni. Pada sebelah petangnya, YBhg. Dato' Sri turut menghadiri majlis berbuka puasa warga KDN Sabah bersama YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri di Masjid Al-Kauthar Tawau, Sabah.

 

""