30 Jun 2015, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka telah diundang untuk menyampaikan taklimat pengajian program-program yang ditawarkan oleh institusi berkenaan kepada penghuni bertempat di Dewan Blok Damai. Seramai 70 orang penghuni telah mengikuti taklimat ini yang telah disampaikan oleh Encik Kamaluddin Bin Rashidi, Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Bukit Beruang. Turut hadir bersama dalam program taklimat tersebut adalah TPP Aswari Bin Che Ibrahim, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Pusat Koreksional Jasin.
""