Pada 25 Jun 2015, bertempat di Dataran Insaf, Penjara Seremban telah diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama penghuni. Tetamu undangan yang hadir ialah Yang Berhormat Dato' Zaifulbahri bin Idris, Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Chembong, YBhg. Dato' Hj. Ibrahim bin Hassan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan berserta ahli Lembaga Hakim Pelawat, TKPj Hj. Darussalam bin Hj. Budin, Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan IPPM, PKP Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Seremban. Turut hadir ialah PKP Mohd Andri bin Md. Ridzwan, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dan TPP Wan Rosli bin Dollah, Komandan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas.
Seramai 100 orang penghuni terlibat dalam majlis tersebut yang dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh saudara Khairulazizi bin Khalil dan persembahan Marhaban oleh penghuni. Seterusnya penyampaiaan buah kurma sumbangan daripada Ahli Lembaga Hakim Pelawat yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Zaifulbahri bin Idris. Sementara menantikan waktu berbuka puasa, tazkirah ramadhan telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Hilal bin Kasim, Imam Masjid, Rantau, Negeri Sembilan dan seterusnya menunaikan solat maghrib, solat Isyak dan solat sunat terawih bersama dengan penghuni yang terlibat.
""