2 Julai 2015 ( Khamis ), Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Surau Al-Ikhlas Penjara Jelebu. Turut hadir menyerikan majlis adalah PKP Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Seremban, YM Raja Norazli bin Raja Nordin, Ketua Penolong Pegawai Daerah Jelebu serta Ketua-ketua Jabatan Daerah Jelebu. Majlis diadakan secara gotong-royong oleh kakitangan institusi. Sumbangan kepada anak dan isteri anggota yang sakit kronik juga diadakan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
""