02 Julai 2015 - Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Penjara Sandakan telah diadakan di Masjid As-Syakirin. Selain berbuka puasa dan bertarawih, turut disampaikan sumbangan hari raya daripada seluruh kakitangan dan PERSIAP Penjara Sandakan kepada 30 orang anak yatim dari Pasenteran Nurul Ihsan Batu 7 Sandakan. Sumbangan telah disempurnakan oleh PKP Sazali bin Ismail, Pengarah Penjara Sandakan dan Puan Norazlisa bt. Abd. Aziz, Pengerusi PERSIAP Sandakan.
""