1 Julai 2015,(Rabu) Unit Agama Penjara Puncak Borneo Kuching telah mengadakan program pembayaran zakat fitrah penghuni bagi tahun 2015. Kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri Sarawak pada tahun 2015 ialah sebanyak RM 7.00 seorang. Seramai 105 orang penghuni telah menunaikan zakat fitrah. Ustaz Abdul Qohar Malakalu Bin Ismail, yang dilantik sebagai Amil oleh pihak Baitulmal Sarawak telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM 735.00 untuk diserahkan kepada pihak Baitulmal Sarawak.
""