Pada 01 Julai 2015 (Rabu) bermula jam 05.00 petang bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Puncak Borneo Kuching, Unit Pemulihan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Penghuni Bersama Pengarah Penjara Puncak Borneo dan kakitangan. Program diteruskan dengan Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hatta bin Omar Ali dan seterusnya mengimamkan solat Maghrib. Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penjara PP Nazri bin Mohamad. Majlis berakhir pada jam 8.00 malam.
""