Pada 02 Julai 2015, Penjara Pusat Sibu telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama 80 orang penghuni bertempat di Dataran Zon Damai, Penjara Pusat Sibu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak PP Bismillah bin Abang Masra, Pengarah Penjara Pusat Sibu, PP Mohd Jusoh Bin Ismail serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan penjara. Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadhan bertajuk "Mukjizat Al-Quran" yang disampaikan oleh Ustaz Awangku Norizam Bin Awangku Abdul Rahman (Pengasas Pusat Perubatan Islam Ruqyah Syar'iyyah Sibu) dan diikuti persembahan sajak serta nasyid daripada penghuni. Majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan tahlil, solat Isyak, solat sunat Tarawih dan Witir.
""