01 Julai 2015, Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM) telah mengadakan majlis berbuka puasa di Dewan Wawasan, Penjara Seremban, Negeri Sembilan. Majlis dihadiri Tuan Hj. Md. Noh bin Tan Sri Murad, Presiden EXPOAM, Y.Bhg. Dato' Hj. Omar bin Mohamed Dan, mantan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, PKP Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Seremban, ahli-ahli EXPOAM, tetamu-tetamu jemputan, pegawai kanan dan kakitangan Penjara Seremban. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Nor bin Amran dan diikuti persembahan nasyid oleh kumpulan Nasyid Nawarestu, Penjara Seremban. Seterusnya penyampaian sumbangan EXPOAM kepada anak-anak yatim yang disempurnakan oleh Tuan Hj. Md. Noh bin Tan Sri Murad. Majlis diteruskan dengan jamuan berbuka, solat Maghrib dan sementara menantikan solat Isyak dan solat sunat Terawih, tazkirah ramadhan telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Nor bin Amran di surau Al-Jamiah.
""