6 Julai 2015 (Isnin), Bertempat di Mess Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah berlangsung Majlis Pelancaran Perasmian Mesin Ejen Bank Berdaftar (EBB), Bank Simpanan Nasional. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.
Pada 14 Mei 2015, Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah bekerjasama dengan pihak Bank Simpanan Nasional sebagai Ejen Bank Berdaftar dalam penyediaan kemudahan perkhidmatan kepada kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan ianya merupakan projek perintis.
Fungsi mesin ini ialah:
1. Pembayaran Bil (42 jenis)
2. Simpanan Wang
3. Pengeluaran Wang
4. Pembelian tanpa tunai (debit card)
5. Pembelian sijil simpanan premium (SSP)
6. Tambah nilai prabayar telefon (Umobile, tunetalk, digi, celcom, maxis
7. Pembukaan akaun baru BSN
Mesin ini ditempatkan di Galeri Ibu Pejabat Penjara Malaysia
""