Pada 8 Julai 2015 (Rabu) telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Sandakan. Objektif penganjuran adalah untuk memberi peluang kepada penghuni merasai nikmat berbuka puasa disamping mengeratkan silaturrahim sambil beramal di bulan Ramadhan. Antara pengisian majlis ini ialah tadarus Al-Quran oleh penghuni yang terpilih, penyerahan zakat penghuni kepada wakil Pusat Zakat Sandakan dan penyampaian sijil tadarus serta sumbangan kurma kepada penghuni yang disampaikan oleh PKP Sazali bin Ismail, Pengarah Penjara Sandakan. Majlis dikelolakan oleh Unit Pemulihan Penjara Sandakan yang diketuai oleh TPP Muhammad Khalid bin Muhammad dan turut dihadiri oleh pegawai kanan dan kakitangan penjara. Turut hadir adalah wakil Pusat Zakat Sandakan iaitu En. Kadim.
""