Pada 3 Julai 2015 (Jumaat), Penjara Sungai Buloh dengan kerjasama Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Gombak telah mengadakan program berbuka puasa bersama keluarga penghuni. Program turut dihadiri oleh PKP Tn. Hj Mohd Farid bin Hj Kassim,Timbalan Pengarah Penjara Sungai Buloh dan pegawai kanan serta kakitangan, manakala Pejabat Agama Islam Daerah Gombak di wakili oleh Pegawai Tadbir Agama, Al-Fadhil Ustaz Zainal Abidin Bin Sulaiman serta beberapa orang kakitangan. Program ini melibatkan seramai 15 orang penghuni sabitan dan dihadiri oleh keluarga masing-masing.
Program dimulakan dengan ucapan wakil Pengarah Penjara Sungai Buloh iaitu PKP Tn Hj Mohd Farid bin Hj Kassim, manakala ucapan daripada pihak Pejabat Agama Islam Daerah Gombak disampaikan oleh Ustaz Mohamad Nor Faisal Bin Abdullah dan seterusnya menyampaikan tazkirah ringkas bertajuk "Kemulian Bulan Ramadhan". Program diteruskan dengan penyampaian sumbangan hamper kepada keluarga penghuni yang hadir. Selesai majlis berbuka program diikuti dengan solat maghrib secara berjemaah. Majlis berakhir sekitar jam 8.30 malam.
""