8 Julai 2015 (Rabu) Majlis Khatam Al-Quran dan Ceramah Nuzul Al-Quran telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam, Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu. Tujuan program ini adalah untuk memantapkan lagi bacaan Al-Quran para pelajar dan membentuk pelajar yang seimbang dari sudut duniawi dan ukhrawi. Para pelajar telah mengikuti Tadarus Al-Quran yang diadakan pada setiap hari disepanjang bulan Ramadhan. Seramai 11 orang pelajar telah berjaya khatam Al-Quran dan menerima cenderahati daripada pihak sekolah. Ceramah Nuzul Al-Quran disampaikan oleh Ustaz Mohd. Syahir Bin Hashim dari Pusat Dakwah Kudat JAKIM Cawangan Sabah. Program turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah TPP Fauziah Binti Husain. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh para pelajar.
""