Pada 08 Julai 2015, Unit Seksyen Vokasional dan Industri bersama Unit Agama Pusat Koreksional Labuan telah mengadakan Program Pembayaran Zakat Fitrah Penghuni Tahun 2015. Seramai 62 penghuni dan 23 kakitangan Pusat Koreksional Labuan telah menunaikan tanggungjawab tersebut dengan kadar RM7.00 seorang. Wang kutipan zakat sebanyak RM 595.00 yang berjaya dikumpul kemudiannya telah diserahkan kepada Ustaz Abdullah Muhammad bin Tajuddin, wakil dari Pusat Pungutan Zakat W.P Labuan.
""