| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2015

Pada 08 Julai 2015 (Rabu), Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan Bersama Penghuni. Program bermula pada jam 5.00 petang sehingga jam 8.45 malam bertempat di Surau Penjara Pusat Kota Kinabalu dan Padang PPI yang melibatkan seramai 100 orang penghuni. Majlis diserikan dengan kehadiran PKK Ajidin Bin Hj. Salleh, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PP Kalbin Hj. Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu bersama pegawai-pegawai kanan, guru-guru SIKK, kakitangan dan Pihak Media Massa. Antara pengisian majlis ini seperti bacaan al-Quran oleh Johan Qari Penghuni Penjara Negeri Sabah 2015, tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Fadly Bin Ahmad (JAKIM Cawangan Sabah), majlis berbuka puasa (bersungkai), solat Maghrib, Isyak serta terawih dan moreh.

 

""