Pada 8 Julai 2015 (Rabu), telah diadakan Iftar Ramadhan bersama Pengarah yang melibatkan semua warga kerja PPA di surau Al-Huda, Taman Gemilang. Program bermula jam 6.45 petang yang dimulai dengan Majlis Khatam Al-Quran anak-anak kakitangan, tahlil, penyampaian saguhati kepada peserta tadarus dan Rakan Muda surau. Ianya diikuti pula dengan solat Maghrib berjemaah, jamuan berbuka serta solat Isya? dan terawih. Penyediaan makanan berbuka pula berkonsepkan sumbangan daripada semua kakitangan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi dan ahli Persatuan Bekas Pegawai Penjara (EXPOAM) Negeri Johor.
""