| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis "Pautan Ramadan Di Sebalik Tirai Besi"

Bertempat di Surau An-Nur, Penjara Sungai Udang telah diadakan satu Program Khas "Pautan Ramadan Di Sebalik Tirai Besi" yang dianjurkan oleh Islamic AID Malaysia dan Bank Rakyat dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia. Majlis yang diadakan pada 03.07.2015 tersebut turut dihadiri oleh YB. Datuk Latipah Binti Omar  Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Mustafha Bin Hj. Abd. Razak  Pengarah Urusan/ Presiden Bank  Rakyat, En. Zawahir Bin Abdullah  Presiden Islamic AID Malaysia, Ketua Jabatan, Hakim Pelawat dan Pengarah Institusi yang terlibat. Pada Majlis tersebut turut  meraikan 30 banduan terpilih untuk  bersama keluarga dan penyampaian sumbangan barangan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dari Bank Rakyat.

 

""