Pada 13 Julai 2015 (Isnin), Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) telah mengadakan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran bertempat di Surau Saidina Umar Al-Khatab PKPA. Seramai 30 anggota dan kakitangan awam terlibat menjayakan majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan solat Zohor dan Solat Sunat Hajat secara berjamaah dan majlis khatam Al-Quran. Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam, PKP Zulia bt Khamis @Ahmad Kamal dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada semua yang terlibat.
""