Pada 10 Julai 2015 (Jumaat), Penjara Puncak Borneo telah menerima lawatan kerja oleh YBhg. KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau bangunan dan kawasan yang akan digunakan bagi kegunaan Sekolah Henry Gurney Kuching. Disamping itu juga, YBhg Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar turut meluangkan masa melawat ke Sekolah Integriti Kuching. Lawatan berakhir sekitar jam 11.00 pagi.
""