Pada 8 Julai 2015 ( Rabu ) bersamaan 21 Ramadan 1436H telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Penghuni. Majlis telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penjara Reman Johor Bahru, PP Shariff bin Masri, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Institusi TPP Muhammad Syafiq bin Mohd Sarif, pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor Tuan Haji Abd. Halim bin Sarmin, Unit Agama , pegawai serta anggota Unit PPI Institusi serta 60 penghuni. Pada majlis tersebut juga telah diadakan majlis penyerahan zakat penghuni sebanyak RM 185.00 dari wakil penghuni kepada Tuan Haji Abd. Halim bin Sarmin, penyampaian naskah Al-Quran dan hamper barang kantin kepada peserta tadarus Al-Quran.
""