| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Pengarah Penjara Sungai Petani Bersama Penghuni

Pada 7 Julai 2015 (Selasa), Penjara Sungai Petani, Kedah telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pengarah Penjara bersama Penghuni bagi tahun 1436H/2015M. Seramai 95 orang penghuni telah terlibat di dalam program ini. Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Sobri b. Othman, seorang penceramah bebas. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati Tadarus Al-Quran kepada lima orang penghuni, disusuli penyerahan kutipan zakat fitrah kakitangan dan penghuni yang diserahkan oleh PKP Husin b. Haji Johari Pengarah Penjara Sungai Petani bagi pihak Kakitangan dan wakil Penghuni bagi pihak Penghuni Penjara kepada Pegawai Jabatan Zakat negeri Kedah.  Turut hadir pada majlis tersebut adalah pegawai kanan dan kakitangan serta wakil dari jabatan-jabatan kerajaan sekitar Penjara Sungai Petani, Kedah.

 

 

""