Pada 16 Jun 2015 (Selasa), Pusat Koreksional Puncak Alam telah menganjurkan Program Pasca Perkahwinan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Selangor dan Majalah Anis. Program ini disertai oleh 200 orang peserta daripada pelbagai agensi dan kakitangan Pusat Koreksional Puncak Alam. Tentatif program dimulakan dengan ucapan daripada PKP Zulia Bt Khamis @ Ahmad Kamil, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam. Pengisian program diteruskan dengan panel penceramah oleh Ust Shuhaimi B Wakid, Ust Ramzi B. Ishak dan Ustazah Yuhanis Bt Yusof. Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan sesi bergambar.
""