Kota Kinabalu-Sambutan Hari Pahlawan 2015 Peringkat Negeri Sabah telah diadakan pada 31 Julai 2015 (Jumaat) dengan penuh adat istiadat kepahlawanan bagi memperingati jasa pasukan keselamatan yang berjuang dan berkorban demi kemakmuran negara. Selain itu juga Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah diadakan bagi memperingati jasa malim gunung yang terlibat semasa kejadian gempa bumi yang berlaku pada 05 Jun 2015 di Ranau Sabah. Tun Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah dan isteri berkenan berangkat menyaksikan istiadat sambutan yang diadakan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Seramai 531 orang terlibat dalam perbarisan yang terdiri daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia dan agensi lain dibawah Kementerian Dalam Negeri. Kontinjen Jabatan Penjara terdiri daripada 31 anggota yang diketuai oleh IP Saifuladli bin Awang
""