Pada 29 Julai 2015(Rabu), bersamaan dengan 13 Syawal, Penjara Puncak Borneo, Kuching telah mengadakan Program Jalinan Kasih Hari Raya Aidilfitri untuk penghuni penjara. Seramai 16 orang penghuni dan 15 buah keluarga terlibat didalam program tersebut. Majlis telah disempurnakan oleh PP Nazri Bin Mohamad, Timbalan Pengarah Penjara Puncak Borneo, Kuching dan turut dihadiri oleh beberapa orang pegawai kanan termasuk kakitangan pemulihan. Antara pengisian program ialah sambutan Hari Ibu dan Bapa bagi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan di antara penghuni dan juga keluarga mereka. Selain itu, persembahan daripada penghuni juga turut memeriahkan lagi suasana majlis. Di akhir majlis, pihak keluarga penghuni yang terlibat melahirkan rasa berpuas hati serta merakamkan ucapan terima kasih dengan program yang telah dijalankan.
""