21 Julai 2015 ( Selasa ) - Bertempat di Wakaf Insaf IPD Jelebu, satu sesi perjumpaan bersemuka telah diadakan dengan jayanya melibatkan seramai 35 penghuni dan 153 keluarga penghuni. Sesi perjumpaan ini telah diserikan dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri oleh Timbalan Pengarah, PP Amer Shariffudin b. Mat Noor serta acara memotong pulut kuning bersama keluarga penghuni. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan nyanyian muzikal Hari Raya oleh penghuni bagi menghiburkan ahli keluarga mereka yang hadir selain membangkitkan lagi suasana keceriaan Hari Raya. Perjumpaan bersemuka ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu dari jam 10 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari. Sesi perjumpaan bersemuka yang diadakan sebagai acara tahunan ini dilihat berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk merapatkan tali silaturahim di kalangan keluarga dan penghuni juga bagi merealisasikan visi baru jabatan iaitu sebagai "Peneraju Perkhidmatan Korektif" di Malaysia.
""