| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Penghuni Penjara Tawau Sempena Hari Raya Aidilfitri 2015

Pada 18.07.2015 (Sabtu), telah berlangsung Program Jalinan Kasih Penghuni Penjara Tawau Sempena Hari Raya Aidilfiri yang bertempat di Perkarangan Pejabat Rekod Penjara Tawau. Seramai 10 orang penghuni terpilih dalam program tersebut iaitu 8 orang penghuni lelaki dan 2 orang penghuni wanita serta melibatkan seramai 40 orang keluarga penghuni. Program tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Penjara Tawau, PKK Jamil Razif Bin Kassim, PP Kamarul Zaman Bin Ali Zaman dan anggota Unit Pemulihan. Aturcara majlis bermula dengan ucapan aluan oleh Pengarah Penjara Tawau, pemberian duit raya kepada anak penghuni dan diakhiri dengan jamuan makan kepada tetamu yang hadir.

 

""