17 Julai 2015 ( Jumaat ) - Sempena 1 Syawal 1436H, pihak pengurusan IPD Jelebu telah mengambil inisiatif mengadakan Solat Sunat Aidilfitri bersama dengan penghuni Islam bertempat di Surau An-Nur. Solat sunat ini telah dimulakan pada jam 9.00 pagi yang diimamkan oleh Ketua Unit PPI PPP Mohd Zamri b. Elies dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, PP Amer Shariffudin b. Mat Noor bersama pegawai serta anggota penjara yang bertugas pada hari tersebut. Solat Sunat Aidilfitri ini telah melibatkan seramai lebih kurang 400 penghuni yang dimulai dengan takbir Hari Raya oleh penghuni Unit Halaqah dan diakhiri dengan jamuan khas Hari Raya kepada semua penghuni selepas solat.
""