18 Julai 2015 ( Sabtu ) - Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436H yang sedang diraikan, IPD Jelebu telah menerima kunjungan Ahli Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan iaitu Yang Berhormat Dato' Haji Zainudin b. Ismail bersama rombongan beliau pada Hari Raya kedua. Kehadiran Yang Berhormat Dato' Haji Zainudin bersama rombongan pada jam lebih kurang 12.10 tengah hari telah memberi suntikan semangat kepada pegawai serta anggota institusi ini yang sedang bertugas dan tidak berpeluang untuk pulang berhari raya di kampung. Kehadiran Yang Berhormat selama lebih kurang 1 jam telah disambut oleh Timbalan Pengarah, PP Amer Shariffudin b. Mat Noor bersama pegawai kanan serta anggota yang bertugas. Yang Berhormat Dato' Haji Zainudin juga telah sudi menyumbangkan duit raya serta kuih-muih kepada anggota bertugas. Pihak IPD Jelebu amat berbesar hati menerima kunjungan beliau yang sedikit sebanyak telah menaikkan semangat pegawai serta anggota yang bertugas pada musim perayaan ini demi memastikan keselamatan negara terpelihara.
""