| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Laporan Kemajuan Akademik Pelajar Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu 2015

Pada 14 Julai 2015 (Selasa), Unit Hal Ehwal Pelajar (HEM), Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis Penyerahan Laporan Kemajuan Akademik Pelajar. Majlis tersebut melibatkan semua guru dan pelajar-pelajar kelas akademik iaitu Kelas SPM seramai 11 orang serta Kelas Pra SPM seramai 9 orang. Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PKP Nora binti Musa telah dijemput untuk menyempurnakan lagi majlis tersebut dengan menandatangani Laporan Kemajuan Akademik Pelajar bagi mewakili ibubapa kepada para pelajar di SHGWKK. Beliau juga memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha meningkatkan lagi prestasi akademik demi masa depan mereka.

 

""